Makan pandang2-pikir2 ya..

4 01 2011

Yuu…

Sekadar berkongsi. Di cilok dari http://inspirasiana.blogspot.com untuk panduan bersama (“,)  1Malaysia eh…

Hukum Menggunakan Bekas Makanan Kafir

1)      Kata Jabir: “Sesungguhnya ketika kami menyertai perang bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w, apabila kami mendapati periuk dan bekas minuman musyrikin, maka kami menggunakannya dan Rasulullah s.a.w tidak melarang kami”.

Kata Syams al-Hak al-Azim Abadi: “Hadith ini juga diriwayatkan oleh al-Bazzar”

Kata al-Khattabi: “Hadith ini menunjukkan bahawa dibenarkan menggunakan bekas makanan dan minuman kesemua musyrikin tanpa membasuhnya terlebih dahulu dengan syarat

(bekas itu tidak digunakan untuk memasak babi dan/atau menuang arak).

2)       Abu Tsa’labah al-Khusani: Sesunggunya aku berkata kepada Rasulullah s.a.w; “Sesunggunnya kami melalui kediaman ahli kitab sedangkan mereka memasak babi di dalam periuk mereka dan meminum arak dari bekas minuman mereka”. Maka Rasulullah s.a.w bersabda; “Jika kamu mendapati bekas makanan dan minuman selain dari itu, makanlah dan minumlah kamu dari bekas yang lain itu. Jika kamu tidak mendapati selain dari bekas mereka. Maka basuhlah dengan air dan gunakanlah bekas mereka untuk makan dan minum.

Kata al-Munziri: “Matan hadith ini diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, dan Ibn Majah”

Kata al-Khattabi: “Sekiranya diketahui bahawa orang musyrikin memasak babi didalam periuk mereka dan menuang arak di dalam bekas minuman mereka, tidak dibenarkan menggunakan bekas makanan dan minuman mereka melainkan setelah dibersihkan (dengan air terlebih dahulu). Adapun air dan pakaian mereka adalah suci seperti air dan pakaian muslim kecuali sekiranya mereka merupakan kaum yang menggunakan najis seperti air kencing untuk menyucikan pakaian mereka.

:: Pengajaran daripada Hadith ::

1) Bekas makanan dan minuman orang kafir tidak perlu disamak dengan tanah sebelum digunakan.

2) Gelas arak dan periuk yang pernah digunakan untuk memasak babi boleh digunakan setelah dibasuh dengan air.

3) Hendaklah mendahulukan bekas yang tidak pernah digunakan untuk arak dan babi.

4) Bekas makanan dan minuman orang kafir yang yang tidak memakan babi dan tidak meminum arak adalah suci.

(Dipetik dari: Aun al-Ma’bud Syarah Sunan Abi Daud)

…..abes..

0K…da yakin baru ngaP! (bismillah le dulu…huhu)

peAce 8)





Beringat

24 08 2010

Dahi Cecah Ke Sejadah

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu’lah kamu sebelum kamu diwudhu’kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah ‘auratmu sebelum ‘auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringi dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara

Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan ‘Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alas Solaah’
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alal Falaah’
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.

taken from http://zonbebas.com/page/21/

Selamat berpuasa dan beramal ibadah 🙂





Siapa yang Tahu??

29 12 2009

Hai Awak,

Tahun 2009 sudah hampir berakhir. Lagi 2 hari untuk menutup tirai. Pelbagai kenangan pada tahun 2009 sudah dicoret pada hidup manusia masing-masing…ada yang manis, masin, tawar, dan pedas..mungkin…

Ya….ia 1 kenangan yang indah yang hanya berlangsung pada 2009 dan tidak mungkin manusia mampu potostat kembali kenangan2 itu. Biarlah ia bersemi di diari,di mata, dihati atau di mana-mana la..

Masa dan tarikh akan terus berjalan-jalan..Sampai biLa? Wallahu’alam 🙂 heh…

Selamat datang tahun 2010, semoga saya dan awak dapat melayari masa 2010 dengan kenangan yang baru dan ..siapa yang tahu?? =)

Sebagai penutup tahun 2009, dituJukan lagu dan lirik ini untuk saya dan awak jugak… ta-ching2 skit…hehehe…

-Semua Tentang Kita –

Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa

Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa

~Peterpan

Regards,

imapeAce!

[29/12/09]