Bersederhana Itu Kekayaan Yang Nyata

14 04 2008

Renungan bersama..(Paste from my inbox)

“Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin…”

 Jika perlu MARAH, marahlah..tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR .

 Jika perlu MENANGIS, menangislah. .tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG .

Jika perlu PATUH, patuhlah..tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN .

Jika mahu MISKIN, miskinlah.. tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR .

Jika mahu KAYA, kayalah.. tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH .

Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA

Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah.. selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA .

Kalau mahu 2 BUAH RUMAH, belilah.. asalkan jangan sampai tak tahu perkataan PUAS .

Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja-keraslah. . asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH .

Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah. . asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT .

Kalau mahu memPERKATAKAN HAL ORANG, berkatalah.. asalkan jangan sampai MENGUMPAT .

Kalau mahu CEMBURU dengan kejayaan orang, cemburulah.. asalkan anda pun BERUSAHA KUAT sepertinya

Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya. .

Bersederhanalah…dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara..

* Orang yang terlalu pandai kadanag-kadang apabila bodoh.. terus sasau. 

* Orang yang terlalu kuat..kadang- kadang apabila lemah terus tidak berdaya.. 

Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba kepada harta .

Binalah ibadah banyak-banyak, tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia .

 

Binalah kedudukan ditengah manusia, tetapi jangan sampai hilang kepercayaan orang dan tercalar maruah diri

Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk makan dan minumnya terpaksa meminta-minta. Seeloknya-eloknya. . bersederhanalah dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah, membuang halangan dijalanan juga ibadah, menasihati orang juga ibadah

 

Orang yang bersederhana sentiasa terpandang dimata dunia. Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian. Dia terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang mulia. Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada rasa dingin dan panas yang membakar. 

 

Sayidina Ali r.a. berkata, “Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadi keluargamu hina dalam kemiskinan.. “

Hendaklah bersedekah, jangan sampai jatuh miskin, menyimpan harta jangan sampai digelar Si Bakhil, beribadahlah jangan sampai semakin jahil..

Kata Sayidina Ali r.a. lagi, “Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang yang bersifat tawaduk dan lemah lembut..”

Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhanaan yang nyata, membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus. Jika anda impikan penghormatan manusia, maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau-senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira. 

 

Bersederhanalah. .. adalah jawapan kepada segala-galanya. ..





Perasaan SaYa…

11 04 2008

Hayyaarrghh..Minggu nih aku ditempatkan d TM Point Muzium…X tau la ape perasaan duk kat cni…Macam2 adoo…Meh nak elaboratekan:

Gumbira:

Aku rase cam gumbira aje biler dgr TMPoint sbb sblom nih blom penah pon masuk kedai nih…Memang colorful..Jauh beza kalo gi kaunter pejabat pos or bank..Jom la reramai bayar bil ASTRO,TNB,JBA,CELCOM,wat telegram kat TM Point nih…(“,) promote pulaks..

Seronot:

aku rasa cam seronot sbb environment tempat tuh berseri sket berbanding training sblom nih yg asyik duk ngadap mesin ajerk…keliling penuh ngan transmission,MDF, FDF..ape pe F laah…Kat cni leh tgk makcik-pakcik,jejaka-jejaki,cik,puan,atuk,nenek dtg ngan cam2 gaya,pesen ler..sumer dtg nk byar bil/wat complen..Teringin gak nk tgk artis dtg byar bil,tp kenkawan aku kate kat TM Point Bangsar baru banyak..Huhuu…Melepas la aku nk tgk gambo I/C artis nih…ahahks..

Sedey:

ntahla…aku xtau naper perasaan sedey tuh masuk lak lam hati nih…Ada la sket2 benda yg wat aku terasa biler duk cni…tp x elok r nk citer kt cni… Pendek kate..Bile dah mula kerje,IQ ngan EQ mesti kena kuat..Kalo x kuat nnt diri sendrik yg tensen…Betul kata ex-supervisor praktikal aku dulu,..”Kalo kiter tensen ngan kerje xper..At last kejer tuh leh pas kat org xpon takes time nk siapkan…Tapi kalo kiter tensen ngan org..kerje pon x siap,ngan orang tuh pon kiter x leh tahan nak keje sama2…”…camtuh r lebey kurang..So, kenalah pandai2 bawak diri..Setakat nih aku still leh bertahan lagi…Ala..2minggu jer pown duk cni..Heheheee…Satu pengalaman yg baru utk aku…

Lain-Lain:

Huhuu..Tetiap hari kna kuar rumah time matahari x muncul lagi…Sampai rumah pulak matahari dah abes muncuL…Windu pulak kat matahari..Heheheee 🙂

Ahaks…Camtu la perasaan SaYa…

 





Boikot HoLLand/Belanda

3 04 2008

Holland atau Belanda memang negara yg dah maju. Jiran aku pown pernah maklum yg pertanian moden kita skang nih sama macam pertanian kat Holland pada 50 tahun yg lepas. Bayangkan betapa jauhnya jarak kemajuan dorang drp kite yg baru nk membangun nih. Tapi sebangun-bangun dorang nih, ada gak segelintir umat yg mindanya belom maju atau terlampau “maju” ek? ( filem Belanda, Fitna, yang mengkritik Al-Quran yang disiarkan di Internet. )
Memang saje le tuh nk mencari nahas, huh kalo x kat cni sure ler kat sinun…Pada aku insan yg kerdil nih,  nk menentang terang-terangan kompem ler x berdaya..Just panjatkan doa semoga Tuhan membuka pintu beliau untuk insaf & jauhkanlah drp berlaku sebarang musibah & pecah belah kat muka bumi ini…Amiin..

MayB, masa ni Tuhan nk menguji umat-Nya, semoga perpaduan umat Islam makin utuh dan terpelihara martabatnya…

Psstt korang, doa tu doa juge, jom ler sesamer memboikot barang2 buatan Belanda nih…apa barang nyer? Kat bawah nih senarai produk dr belanda aku paste from web site PPIM…

BOIKOT-PRODUK DARI BELANDA/DUTCH
  1. Dutch Lady – Susu
  2. Ferrero Roche – Coklat
  3. Wall’s – Ais Krim
  4. Ing -Insurans
  5. Planta -Magerin
  6. Lady’s Choice -Magerin
  7. Lipton -Teh
  8. Shell -Minyak
  9. Knorr -Perisa Makanan
  10. Dove -Mandian
  11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
  12. Radiant -Deodoran
  13. Rexona -Deodoran
  14. Ponds -Produk Kecantikan
  15. Kieldsens -Coklat
  16. Slimfast -Produk Pelangsing
  17. Lego -Kismis
  18. Philips -Barangan Elektrik
  19. Duyvis -Makanan Ringan
  20. Gouda -Keju
  21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
  22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
  23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
  24. Labello -Lip Balm
  25. Pickwick -Teh
  26. Venz -Mentega Coklat
  27. Kinder Bueno -Coklat
  28. Unilever -Syarikat
  29. Sunsilk -Shampoo
  30. Fair & Lovely -Produk Kecantikan
  31. Lux -Mandian
  32. Vaseline -Lip Balm
  33. Cif -Pencuci Lantai
  34. Surf -Pencuci Kain
  35. Wishbone -Pencuci Kain
  36. Doriana – Keju Krim
  37. Bertolli -Minyak Masak
  38. Clear -Shampoo
  39. Breeze -Pencuci Kain
  40. Sun -Pencuci Kain


Produk Dumex dan Nutricia telah digugurkan dari senarai di atas kerana
pihak pengurusan NUMICO DUMEX (MALAYSIA) SDN BHD telah menghubungi pengurusan tertinggi PPIMdan mengesahkan syarikat
mereka telah diambil alih oleh Danone Group sejak akhir 2007 dan menggunakan nama Danone Dumex yang berasal dari Perancis.-admin PPIM