Nak ekse size? meh nak cakap nih..

19 05 2009
Yhuhuuu…korang xyah beli timun or tomato…baca yg di bawah ni pon cukup tuk exercise mata..hihihiiiii….
1- erm,nk cakap cket neh kat awak.. bace NO 5

2- Mmmm..cmne ek nk cakap? Bace je la NO 8

3- nk taw ekh?erm,bace NO 9

4- huh,drpd pening bek bace jap NO 15

5- cmne ek nk cakap.. NO 17 je k..

6- kite nk ckp skang tp lbh bek bace NO 16

7- kite akn cakap tp bace dlu NO 2

8- yg kite nk cakap neh simple jek..tp bace dlu NO 4 k?

9- tak payah la b’debar2 cm2..cme bce jap NO 18

10- Blom lg la..bce NO 19 ye..deBBo se.. šŸ™‚

11- da pnt ekh? Bace jap NO 13

12- sbnrnye kite nk cakap klu..(ah bace no 3 la)

13- tgl cket jek lg bace NO 20

14- argh,pennt neh..bce NO 1

15- adush,dah pning dah ni.. bace la NO 6

16- lorh,masih ta phm lg kew? Bace NO 12

17- ades,nk cakap neh..bce NO 7

18- kite taktau klu awk phm..tlg bace NO 10

19. Baca NO 11 dgn tenang ye..nnt awk akan taw..

20- oke2,skg kite cakap..bace NO 14, tp slow2 jek k

okaay??? hahahaaahh…7 keturunan pon x abeS….




Afgan – PadaMu Kubersujud

19 05 2009

Jom laYan video klip kt bawah ni….

Kasi senTap sanubaRi…kikikiKi =P

Afgan – PadaMu Kubersujud

Ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa kulihat
selain hanya namaMu, ya Allah

Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud

Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud
padaMu

Ā 





Al-Quran teman dikubur

18 05 2009

Salam,

Nota di bawah sebagai renungan dan ingatan untuk diri-sendiri dan jugaĀ untuk umat IslamĀ yang sudi melawat blog ku ini. (source:http://isuhagat1.blogspot.com)

Walau apa sekalipun jangan
tinggalkan Al Quran…bacalah setiap hari paling sedikit 1 helai. Jika
sibuk sekali pun carilah masa utk membacanya. jadikan hati kita sentiasa dekat dgn quran kerana quran itu cahaya penyuluh hidup

Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

“Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al – Quran “

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al – Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa “Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata :

“Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekali pun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!”

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata :

“Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat”.”Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi” .Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi
dari malaikat – malaikat dari syurga”

tafsir

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al – Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.

Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh
sekali memberi bantuan kecuali amalan – amalan kita sewaktu di dunia.

Allah telah menjanjikan Al – Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. Dekatilah Al – Quran dan jadikalah ia teman di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat.

Renung2kan..danĀ harap dapat dijadikan amalam bacaan ayat2 suci ini sebagai 1 tabiat yg tetap pada setiap malam selepas solat..Amiin, InsyaAllah.





Too Pat Sotong

17 05 2009

eh, aku ade blog ghupenye…Lama dah x singgah cni..kat umah pon dah jarang sentuh keyboard…Bizi? Kadang2 bizi..kadang2 naik muak aku tadah mata ngadap pc kt opiS, so balik umah dah sebu mata nk ngadap laptop. Better golek2 depan TV sambiL makan cikedes..buah ke, cokelat..mane2 la yg leh di jamU..siLa..siLa..

Sebut pasal makan…hari Jumaat lepas aku dah plan gi p.Tani untuk beli sotong,santan,halia,bawang merah dan lidi pencungkil Gigi šŸ™‚ nak wat ape? Masak r…kenapa sotong ek? Bulan Mei kan musim sotong berduyun2 tiBa, time nih la kalo sape2 rasa nk makan sotong segar2, besar2..belila time ni +murah la sket..betuL x sotong? betuuL….

Minggu lepas kakak aku dapat ‘beras pulut susu’ drp kawan beliau yg baik hati…beras pulut tuh putiih macam susu..santek..tuh 1st time akuĀ dengar+tengok beras pulut tuh..Then kakak aku xde idea plak apo nak buat ngan beras pulut 1/2 kg itu. Aku pon mencadangkan “pe kate kita masakĀ TOO PAT Ā sotong??..dah lama dah x makan kan??” uu..bestnye..so, petang semalam berlangsung la upacara membuat dan memakan Too Pat Sutong..hihihi..

Sedap? sure r sedap sebab air tangan kakak+aku yg masak2 tuh.. =P nak rasa? meh la dtg cni tp bawak sotong fresh skali sbb yg dah masak smalam dah abes..tggal beras pulut yg xmasak lagi…heheeee peace..

camnih la ghupenye
camnih la ghupenye

Too Pat Sotong?? bahasa kampung aku panggil lagu tu la…tp sebenarnya ketupat sotong..kenapa beliau di panggil sebegitu? sebab di dalam badan sotong tuh telah di isi beras pulut (ketupat la tuuh)..then sotong tuh kna mandikan nganĀ  kuah lemak macam kuah laksam tuh..aku suka kalo sotong2 tuh ade telur2nya skali..mashuuk ah.. =P Nih la makanan negeri aku…kat laen ade ke? kat Klate pon ade..tp rasanye kuah dia lagu laen kan? kan?manis kan?

makan sampai sek 'eH!! d sebabkan umah aku ade sorang dak nogori,beliau g tambah sambal bilis tuh..layan jer lah.

makan sampai sek 'eH!! d sebabkan umah aku ade sorang dak nogori,beliau g tambah sambal bilis tuh..layan jer lah.

Windunye kat kampung dolu2..kalo musim sotong je..dapatla makan too pat sotong, sotong/ikan celup tepong..sotong masak sambaL..tp skang, biLa arwah mak dah xde…pejam mata jer la trus dapat rasa…heheheh…hmmm..xpe..aku n kakakĀ leh tolong wakilkan masak untuk ayah di kaLa beliau mengidam nak makan yg spesel lagu tu..kan ayah???Kami pon boleh jugak masak2 makanan negeri nih..ayah + abang order je..aku sediakan bahan2..kakak aku masak…heheee.. šŸ˜‰ adiosss