Pelik tapi Benar lah plak…

24 12 2007

Korang pernah nampak tak buah-buahan yang aneh?

Tetibe jer smalam aku dapat 1 email dr kawan poward kan gamba buah jadian nih..

Buah ni buleh mengeluarkan huruf “abcde…”

Memang aneeeh leeee…Huhuhuhuhuuuu…

Bulatkan mata tengok gambo nih betul2….

  peliknye buah ni

Muahhahahaahaa….Padan muko…

Lantaklee nak percaye ke xnak…

Buhbye…PeaCe!!





Rasulullah dan Yahudia

19 12 2007

Salam…

Dah lama e-mail ni aku terima drp seorang kawan..Isi kandungannya betul2 menyentuh kalbu ku… Semoga artikel ini dijadikan untuk peringatan bersama…

Baru-baru ni, saya luangkan masa menemani Ummi yang dijemput membaca al-Qur’an sempena sambutan maulidur Rasul (utk ibu2 kat kampung saya). Lepas pembukaan majlis dengan bacaan ayat-ayat suci al-Qur’an, Dr Syarifah Hayati (SH) dijemput utk beri ceramah. Memang tak rugi saya luangkan masa sepetang itu. Ceramah Dr SH banyak menyentuh jiwa dan perasaan. Memang, kekadang kita rasa dah byk cerita ttg Rasulullah yang kita dengar, mungkin ada yg rasa dah cukup sumer keperibadian nabi diketahui. Tapi, olahan pendakwah yang kreatif dan banyak ilmu seperti Dr SH benar2 meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam diri seorang anak seperti saya, apatah lagi petang itu, saya di”VIP”kan, dapat duduk depan sederet dengan bonda seorang menteri kabinet 🙂 sebab tu, kalau kita suka menuntut ilmu, carilah seat paling depan, agar ilmu yg disampaikan dapat terus masuk menusuk ke dalam kalbu.

Petang tu, saya dah tak rasa segan nak nangis depan orang. Pelik, tapi benar. Saya susah nak menitik airmata, degil, keras kepala dan berhati kental.. kununnya. Tapi, mendengar cerita Dr SH, yang mana dia sendiri pun beberapa kali ter”glurp” sbb terlalu pilu (dia bagitahu..), saya pun kecundang gak dlm mempertahankan ego.. hehehe.. memang saya akui, jarang2 ada ceramah yang benar2 menusuk naluri.

Saya ingin sekali menukilkan apa yang disampai oleh Dr SH petang itu, sampai saya menangis beberapa kali sepanjang sejam ceramahnya. Malang betul, saya tak bawa pen & kertas walau secebis (itulah kesilapan manusia yang pelupa ini). Maka tak dapatlah saya nak menyampaikan sebagaimana Dr SH menyampaikan ilmunya. Justeru itu, saya menyeru kengkawan netters sume, lepas ni rajin2 la hadiri majlis2 ilmu.. bak kata Dr SH, menghadiri majlis ilmu sebenarnya menambah nilai diri kita. Umur yang kian meningkat tua, ingatan yang kian pudar, kesihatan yang semakin tergugat dan keupayaan diri yang terbatas ini jikalau digunakan untuk menghadiri majlis ilmu, besar keberkatannya, tinggi darjatnya di sisi Allah Ta’ala.

Cuma, saya tak boleh lupa kisah Rasulullah menyuap makanan ke mulut seorang Yahudi buta di pasar. Kisah ni mungkin dah biasa kita dengar. Kisahnya, ada seorang Yahudi buta di pasar yang mulutnya tidak bisu, lalu mulut itu digunakan untuk mencerca nabi Muhammad SAW kepada setiap orang yang lalu lalang di dalam pasar. Bayangkanlah, dengan mulut si buta ini, berapa ramai orang yg boleh terpengaruh untuk membenci nabi.

Tapi, huraian Dr SH bukan kisah nabi. Dr SH cerita, apabila nabi wafat, Saiyidina Abu Bakr r.a menjadi khalifah Islam yang pertama. Saiyidina Abu Bakr r.a berazam sungguh2 dalam hatinya untuk melaksanakan semua yang dilakukan oleh baginda nabi sepanjang hidupnya. Hinggalah suatu masa, Saiyidina Abu Bakr r.a tak tahu nak buat amende lagi. Dia rasa buntu, lalu dia tanya kat anak dia, “apa lagi yang ayah tak buat ek?” (dialog ni saya cipta ngan ayat sendiri, of course, Saiyidina Abu Bakr r.a tak cakap bahasa Melayu). Lalu anak dia kata, “ada satu lagi benda yang ayah tak buat. Ayah belum bagi makan seorang Yahudi buta di pasar,” so Saiyidina Abu Bakr r.a pun cepat2 sediakan sedikit makanan dan pergi ke pasar mencari Yahudi tu.

Masa dia sampai, dia dengar Yahudi tu tengah mencerca2 nabi Muhammad SAW. Dia datang dekat2 Yahudi tu dan dia bagitahu nak suapkan makanan. Yahudi tu cakap, “eh, ko bukan orang yg selalu datang bagi aku makan!” agaknya dia dapat rasakan kelainan pada suara Saiyidina Abu Bakr r.a. Org buta kan terror mengecam orang.. Saiyidina Abu Bakr r.a dengan tenang, dia jawab, “Ya betul. Tapi, harini saya datang nak suapkan awak..” so dia pun suap le Yahudi tu. Elok dia suap je, Yahudi tu marah-marah.

“Ko ni betul la bukan orang yg selalu datang. Orang dulu tak suap aku mknn mcm ni tau!” jerkah Yahudi tu. Isk, banyak songeh betul.

Lalu, Saiyidina Abu Bakr r.a tanya kat Yahudi tu, “ok, awak ckp la, cemana org dulu itu buat?”

“Org tu, kalau dia nak suap aku, dia hancurkan dulu makanan yang nak disuap tu,” Menitis airmata Saiyidina Abu Bakr r.a. Bukan sebab dicerca, tapi sebab dia sedih mengenangkan dia sahabat nabi, tapi dia tak tahu apa yang nabi buat.

So, Saiyidina Abu Bakr r.a pun hancur2kan dulu makanan tu dan suap lagi ke mulut Yahudi tadi.

“Heiiii, engko ni teruk betullah. Kalau orang dulu, dia tak buat aku macam ni tau!” Laaa… marah lagi Yahudi tu. Saiyidina Abu Bakr r.a pelik, lalu dia tanya, “apa lagi silap saya kali ni?”

“Orang dulu tu, kalau dia nak suap aku, dia akan pastikan aku dah betul2 menelan semua makanan dalam mulut dan dia suapkan sehingga aku kenyang!!” Agaknya, kalau kita berdepan ngan Yahudi ni, apa paling best nak buat?
A- penampo / flying-kick
B- blah je, tinggalkan dia
C- cakap “dasar Yahudi tak tahu diuntung!”

Tapi, Saiyidina Abu Bakr r.a tidak begitu. Beliau menangis.. terkenangkan nabi yang telah pergi.

“Mana orang dulu tu? Kenapa dah lama dia tak datang menyuapkan aku?” Yahudi tu tanya.

“Orang yang awak maksudkan telah pun wafat,” terang Saiyidina Abu Bakr r.a dalam sendu.

“Siapa dia? Aku tak pernah tahu nama dia..” teruk tak Yahudi tu?

“Dialah Muhammad, Rasulullah yang agung..” terkedu si Yahudi mendengar penerangan dari Saiyidina Abu Bakr r.a. Rupa-rupanya, selama ni dia mencerca nabi ketika nabi bersabar melayani kerenahnya yang kerek tu.

Diriwayatkan, sebelum menghembus nafas terakhir, Yahudi itu memeluk agama Allah ini. Itulah yang sebenarnya didoakan oleh nabi selama dia menyuap makanan ke mulut Yahudi yang sentiasa mencercanya.

Bayangkan le.. siapa agaknya di kalangan kita yang sudi pergi ke pasar mencari orang buta untuk disuapkan makanan? Kekadang kat pasar malam ada orang buta minta sedekah, berapa sen paling banyak kita berikan? Kita tahu ke, duit tu cukup utk diorang beli makanan mcm kita yg sering memboroi kerana terlebih kenyang atau duit tu sekadar utk diorang beli roti sebungkus & bahagi2 sesama keluarga/tanggungan diorang?

Tak payah sembang jauh2, kata Dr SH. Fikirkan saja, berapa kali kita suap makanan ke mulut mak ayah kita yang telah tua dan tidak berupaya bangun menyuap makanan sendiri. Berapa lama kita sanggup tunggu orang tua kita habiskan makanan? Larat ke setiap sehari kita menunggu mereka makan sebagaimana mereka menjaga dan mendidik kita selama kita masih kecil? Terbalaskah? Cukupkah? Ikhlaskah…?!

Mungkin ayat saya tak se”power” ayat Dr SH. Yg pastinya, masa tu Ummi saya duduk kat sebelah saya. Sesekali saya jeling wajah Ummi yang kian dimamah usia. Ya Allah! Kurniakan Ummi kesihatan dan kesejahteraan hidup.. airmata saya bergenang kerana memikirkan esok lusa, atau bebila je saya boleh kehilangan orang-orang yang saya sayangi dan sanjungi. Alhamdulillah buat masa ini Ummi & Abuya masih sihat. Tapi, sampai bila?

Nikmat yang dipinjamkan ini boleh ALlah rentap bebila je – ia boleh jadi satu UJIAN, kekadang ia juga BALASAN. Jika ia ujian, itu tanda Allah masih sayang kat kita, Alhamdulillah. Jika ia balasan, juga, Alhamdulillah, kerana balasan di dunia tidak seberat balasan di akhirat.. jika kita terima balasan di dunia, selalunya kita akan cepat2 ingat silap kita & berpeluang membaiki diri. Na’uzubillah jika kita diberi balasan akhirat, azabnya terlalu pedih, kita tak mampu nak tanggung.

Berkenaan dengan kisah itu juga, Dr SH ingatkan, apabila kita dikurniakan zuriat, pastikan zuriat itu adalah anak yang soleh. Nabi pernah tanya sahabat, adakah mereka tahu siapa orang yang mandul? Sahabat jawab, Allah & Rasulnya lebih tahu. Maka, kata nabi, orang yg mandul sebenarnya ialah orang yg ada anak, tapi tiada seorang pun dari anak2nya itu menjadi anak yang soleh. Anak soleh adalah lambang kejayaan mak ayah dia. Sungguhpun kekadang ada anak soleh yang tak berjaya dalam kerjaya duniawi, namun ada janji utk membawa mak ayahnya ke syurga Allah. Doa anak soleh adalah harta paling berharga utk mak ayahnya.

Sebab tu saya selalu sembang tentang kejayaan akhirat. Dunia ini kalau dikejar sampai bila2 pun takkan berada dalam genggaman kita. Kita ingat Bill Gates jadi org paling kaya di dunia, tentu dia bahagia jer.. dunia dalam tangan dia. Tapi sebenarnya tak! Kalau Allah nak dia lingkup, “Kun..” itu cukup utk menghilangkan segala2nya. Kekayaan bukan abadi. Bila mati, duit tu tak leh beli kesenangan akhirat. I wish I can ask Bill Gates, “takut kena bunuh tak?” orang kaya ni, ramai orang dengki. Org yang miskin lak, kurang segala2nya. Jadilah orang yang zuhud. Ada harta bukan sekadar dilabur utk dunia. Carilah saham utk akhirat.

Fikir2kanLah..Selamat berAmaL…





Ujian? Atau petanda?

18 12 2007

Sejak dua menjak ni aku rasakan bumi kita makin tenat..Tenat dek oleh penghuninya sendiri yang tidak bersyukur untuk memelihara dan memulihara persekitarannya..Ada pokok untuk menampung oksigen,tp penghuninya menebang sesuka hati semata2 mengejar untung yg x hakiki..Dan sekarang…banjir…bah besar sudah melanda di bumi kita..Habis semua peralatan budak2 sekolah, duit untuk beli barang dapur,pakaian dan dokumen yg penting dihanyut oleh arus yg deras…, kedai runcit ditutup,mana nak cari beras?telur?sardin? anak2 kecil maraung kelaparan…Jalan raya ditutup..Yang ada hanyalah bot2 kecil dan sampan untuk mengalihkan mangsa banjir ke tempat yg selamat…Esok lusa semua umat Isam nak menyambut hari raya Aidiladha…Bagi mangsa banjir..hari yang mulia itu bagaikan tidak memberi erti untuk mereka..Hanyalah Doa dipanjatkan agar bumi kita tidak lagi meraung,menangis dan membara..Aku berdoa kepada Tuhan agar selamatkanlah bumi kita daripada malapetaka..Hindarilah daripada orang2 yang suka merosakkan bumi kita..Semoga semua umat di dunia ini hidup aman dan tenteram…

Moral daripada cerita ini:

Bawak2lah insaf sket tuk jaga halaman umah kita,jgn buang sampah sarap, jgn potong pokok/bukit sesuka ati, ..xpasal2 dtg bala/ujian dari-Nya…Yang lagi sedeynye xpasal2 aku pon kna tempias banjir tahun ni…huhuhuuuuu…Patutnye skang nih aku dah ada kat kampung to get ready for menyambut ari raya aji…isskk…tp apakan daya sesampainyer aku di perhentian bus putra tertera

“PERJALANAN KE KEMAMAN/DUNGUN/K.TERENGGANU DI TAMATKAN PADA MALAM INI, TQ”

Mau robek adrenalin aku ba’da melihat iklan yang sungguh gorjes itu…Banjir punyer pasal aku xdpt blk kg coz sumer jln ditutup..So, terpaksala aku raya di perantauan…Selamat Hari Raya buat ayah,abang long, angah, akak, akak ipar, damia (my niece), nek, yo dan keluarga…Mintak ampun dan maaf kerana x dapat balik beraya di kampung…

Buat budak2 pantai timur, kubang tu kubang la jugak..jangan hanyut sudoh lee…

papai…