Jom Kongsi: Asal-usul Melayu

29 07 2008

Arakian telah berlakunya kajian oleh Pusat Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia yang dimulakan sejak Januari 2006. Dibawah adalah sedikit dari data kajian yang diperolehi seperti disiarkan akhbar Berita Mingguan (bila ntahh).

Kajian ini cuba membuktikan beberapa perkara iaitu: Benarkah Melayu Kelantan adalah kumpulan Melayu pertama yang mendiami Semenanjung? Adakah orang Melayu asli berkulit sawo matang, rambut ikal, mata kecil dan mempunyai rahang yang kecil? Benarkah kerana perkahwinan campur menyebabkan tidak ada lagi Melayu asli di Semenanjung?

Hasil awal yang diperolehi mencadangkan suku Melayu Kelantan adalah suku Melayu yang masih tulen. Ini kerana Melayu Kelantan masih memelihara keturunan mereka tanpa banyak berlaku perkahwinan campur. Selain itu, suku Melayu Kelantan juga dikatakan suku pertama yang membuat petempatan di Semenanjung.

Kajian mereka mendapati wujudnya kepelbagaian corak DNA yang terdapat dalam Masyarakat Melayu moden hari ini yang mungkin berlaku kerana percampuran dengan orang Arab, Cina, India dan Thai. Ini menyokong fakta sejarah yang pernah menyebut Kerajaan Melayu Melaka satu ketika dulu adalah kerajaan yang gemilang dan kedatangan pedagang dari China, India dan Arab menyebabkan berlakunya perkahwinan campur.

Budaya melayu juga dikatakan ada persamaan dengan suku Naga yang menetap di perbatasan Myanmar/India. Malah melalui ujian DNA, dikatakan ada satu penanda didalamnya yang hanya biasa ditemukan dalam populasi di India.

Dikatakan terdapat 14 sub etnik Melayu yang mendiami Semenanjung iaitu:

i . Melayu Kelantan (Melayu yang masih asli) di Kelantan

ii. Melayu Yunan di Terengganu

iii. Melayu Minang di Negeri Sembilan

iv. Melayu Aceh di Perak

v. Melayu Mandailing di Perak

vi. Melayu Rawa di Perak

vii. Melayu Riau di Johor

viii. Melayu Bugis di Johor

ix. Melayu Kerinci di Selangor

x. Melayu Champa di Perak, Kedah dan Kelantan

xi. Melayu Jawa di Johor dan Selangor

xii. Melayu Jambi di Johor, Selangor dan Perak

xiii. Melayu Batak di Perak dan Pulau Pinang

xiv. Melayu Banjar di Johor, Selangor dan Perak

Lebih menarik, kajian ini membuktikan Orang Asli di Semenanjung bukan tergolong dalam satu keluarga Austronesia dengan orang Melayu. Sebaliknya mereka menyatakan Orang Asli di Semenanjung berasal dari Afrika yang berhijrah sejak 40 ribu tahun dahulu ke Semenanjung dan seterusnya ke Papua New Guinea (pulau-pulau Polynesia) dan Australia.

imapeace jwb: Takkan melayu ilang d duniyo…Mace bena bilo kato mulo dr Klate..Kawe lamo doh ado kawe ngan dak klate…Bilo pande je muko dio,ghaso nok kecek sokmo…muaahhahaa..[x related langsong!!!] Upsss…Melayu Yunan di TRG?? dok penah dengor pong…Aku ada suku-sakat yunan ker…ohhh no…x dok kene-ngene lasong eH…Dah abes daahhh taiip…Kamu pulak siapa??Ada masuk ker lam list d-atah? Camner gaya cakapnye yee?Hihihhihi….

Advertisements




Hmmmmm..

11 07 2008

maaf..dah lama x update blog ini. Sepanjangan pindah ker cyber nih dah mula bz ngan keje n meting itu ini..Alhamdulillah, syukur sgt dah pindah kat cyber sbb xperlu lagi bgn awal pagi n blk hampir malam 🙂

opss…Thanks to ana n noni sbb temankan aku mkn kat JJ arituh..Kalo x..kelaparan ler aku..hikhikhik..Nnt kalo ada teman2 (cyber only) rasa keseorangan, xtau nk lunch ngan saper..ajkle aku 😉 hahahah…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Teet~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hmmm…Malam td dpt berita sedih..My housemate dpt call dr adik dia ..

1st call: Adik dia inform yg ayah dia pegi umah atuk & wan…

2nd call masuk: Ayah dia bg tau kat adik dia….Atuk dah meninggal dunia..Innalillah..

Pagi tadi kul 6:45 aku n housemate trus ke Uitm S.Alam utk amik adik dia yg br jer daftar masuk awl bulan aritu..(Terpaksa pinjam keta kakak) n then anta dorang ker putrajaya sentral jam 8:15pg. (Dlm hati nk aje aku antakan sampai umah beliau..tp arini kena gi kerja:( )

Housemate aku maksudkan tu adlh Afni merangkap sahabat aku. Semoga beliau n keluarga tabah dlm menerima berita duka ini..Walaupun aku hanya pernah sekali berjumpa ngan atuk dia..Tp dlm hati ini tetap aku rasa sayu ngan pemergian arwah. Diharapkan arwah ditempatkan ditempat org yg beriman dan soleh..Amiin…

[hmmm..baru 2mggu yg lepas aku dpt berita pemergian arwah ibu mertua abg ku..Diharapkan abg & k.ipar tabah dlm mengharungi kehidupan..]

Hadith :
Daripada Anas r.a daripada rasulullah s.a.w sabdanya, “ Tiga perkara yang mengiringi jenazah iaitu keluarganya, hartanya dan amalannya . maka dua perkara akan kembali semula, yang tinggal hanyalah amalannya”. [Riwayat al-Bukhari dan muslim]
Huraian
1. Tiga perkara yang menjadi kepentingan utama di dunia ini iaitu keluarga, kekayaan dan amal kebajikannya. Maka hendaklah setiap orang itu mendapatkannya ketiga-tiga perkara itu dengan sebaiknya
2.Apabila seseorang itu mati, yang kekal bersamanya ialah amalannya.walaubagaimanapun jika keluarga yang ditinggalkan adalah keluarga bertakwa dan harta yang diperolehi adalah halal dan digunakan untuk keredaan Allah , juga akan bermanfaat kepada si mati.
[http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=237]
 
Wassalam.