Makan pandang2-pikir2 ya..

4 01 2011

Yuu…

Sekadar berkongsi. Di cilok dari http://inspirasiana.blogspot.com untuk panduan bersama (“,)  1Malaysia eh…

Hukum Menggunakan Bekas Makanan Kafir

1)      Kata Jabir: “Sesungguhnya ketika kami menyertai perang bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w, apabila kami mendapati periuk dan bekas minuman musyrikin, maka kami menggunakannya dan Rasulullah s.a.w tidak melarang kami”.

Kata Syams al-Hak al-Azim Abadi: “Hadith ini juga diriwayatkan oleh al-Bazzar”

Kata al-Khattabi: “Hadith ini menunjukkan bahawa dibenarkan menggunakan bekas makanan dan minuman kesemua musyrikin tanpa membasuhnya terlebih dahulu dengan syarat

(bekas itu tidak digunakan untuk memasak babi dan/atau menuang arak).

2)       Abu Tsa’labah al-Khusani: Sesunggunya aku berkata kepada Rasulullah s.a.w; “Sesunggunnya kami melalui kediaman ahli kitab sedangkan mereka memasak babi di dalam periuk mereka dan meminum arak dari bekas minuman mereka”. Maka Rasulullah s.a.w bersabda; “Jika kamu mendapati bekas makanan dan minuman selain dari itu, makanlah dan minumlah kamu dari bekas yang lain itu. Jika kamu tidak mendapati selain dari bekas mereka. Maka basuhlah dengan air dan gunakanlah bekas mereka untuk makan dan minum.

Kata al-Munziri: “Matan hadith ini diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, dan Ibn Majah”

Kata al-Khattabi: “Sekiranya diketahui bahawa orang musyrikin memasak babi didalam periuk mereka dan menuang arak di dalam bekas minuman mereka, tidak dibenarkan menggunakan bekas makanan dan minuman mereka melainkan setelah dibersihkan (dengan air terlebih dahulu). Adapun air dan pakaian mereka adalah suci seperti air dan pakaian muslim kecuali sekiranya mereka merupakan kaum yang menggunakan najis seperti air kencing untuk menyucikan pakaian mereka.

:: Pengajaran daripada Hadith ::

1) Bekas makanan dan minuman orang kafir tidak perlu disamak dengan tanah sebelum digunakan.

2) Gelas arak dan periuk yang pernah digunakan untuk memasak babi boleh digunakan setelah dibasuh dengan air.

3) Hendaklah mendahulukan bekas yang tidak pernah digunakan untuk arak dan babi.

4) Bekas makanan dan minuman orang kafir yang yang tidak memakan babi dan tidak meminum arak adalah suci.

(Dipetik dari: Aun al-Ma’bud Syarah Sunan Abi Daud)

…..abes..

0K…da yakin baru ngaP! (bismillah le dulu…huhu)

peAce 8)

Advertisements




Pesanan Buat Kita

4 08 2009

wahai manusia janganlah kau lupa
kita ini adalah hamba pada Nya
kita dijadikan untuk membuat kebaikan
bukannya untuk membuat kemungkaran

ngaji

wahai manusia kitalah hamba Nya
kita harus sabar mentaati Nya
kita harus sabar meninggalkan larangan Nya

dalam mengejar cita-cita mu
janganlah kau cuba mengambil jalan yg mudah
janganlah berdusta mengambil hak orang lain
yg bukan dari milik mu

dalam persahabatan mu janganlah mengkhianati
sahabatmu yang sejati
dalam perjanjianmu janganlah berjanji
jika tidak menepatinya
2
hitam putih susah senang kehidupan
perlu ditempuhi dengan tenang
semuanya penuh denga hikmah yang tersirat
Tuhan jadikan untuk mendidik kita
carilah keredhaan Nya

1

Album : Allahu
Munsyid : Raihan
p/s: sekadar peringatan utk semua…lets refresh our Iman 🙂





Undang-Undang Seluruh Bumi

15 07 2009

Jom tengok undang2 ape yg di praktis di seluruh dunia:

THAILAND :

* Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.~hahah~

SWISS :

* Dilarang berkebun di hari minggu.

SWEDIA :

* Dilarang mengecat rumah tanpa izin dari kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka.

KOREA SELATAN :

* polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima dari para pemandu yang ditahan.

SINGAPURA :

* Dilarang berjalan (bogel)
* Tidak flusk jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda.~bagus3~

UNITED KINGDOM :

* Dilarang menjual sayuran di hari minggu .~kna mkn kt luar la tu maknanya~
* Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.~ish..ish..ish..~

MEXICO :

* Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat   

  memprovokasi rakan kerja selama jam kerja.
* Dilarang memaki di tempat umum.~bagus3~

AUSTRALIA :

* Dilarang mengangkat telepon pada deringan pertama.~hahaaa~
.* Dilarang mengenakan spenda Hot Pink di hari minggu.

YUNANI :

* Dilarang mengenakan topi di stadium , kerana dapat mengganggu pandangan orang lain.

KANADA :

* Dilarang menempel plester luka di tempat umum.~ahah~
* Dilarang menyirami tananam di kebun waktu sedang hujan.
* Dilarang memanjat pokok.~sib x de pokok rambutan..heheh~

PERANCIS :

* Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.

ISRAEL :

* Dilarang memelihara babi di Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati. ~peghh..apsal x apply kt msia juge?~

AMERIKA :-
– ARIZONA :

* Dilarang memandu tanpa kasut. ~ramai nih pemandu msia wat ;)~
* Dilarang bermain domino di hari Minggu.
* Dilarang memakai kumis palsu di gereja.
* Hukuman mati dikena bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api.
* Dilarang memandu dengan mata tertutup. ~mabukk neeh~

– ALASKA :

* Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.
* Dilarang memberi minum bir pada rusa.
* Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.

– ARKANSAS :

* suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.~peghh~
* Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub.
* wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dikenakan 30 hari penjara.~hahaa~
* Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari Minggu.

– CALIFORNIA :

* Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.

– COLORADO :

* Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan Anda ditahan olehnya.

– CONNECTICUT

* Dilarang mencium istrinya di hari Minggu.

– FLORIDA :

* Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang.
* Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6 .~ hahaa..~
* Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.

– WASHINGTON :

* Dilarang menyusui anak di tempat awam.

-MALAYSIA

* Motosikal wajib memasang lampu pada waktu siang =) ~betul3…nape ek??~

So, plez take note undang2 di atas before g honeymoon,honeyholidayz,or honeyoberthesea yaa 😉 heheh…

kredit to: http://isuhagat1.blogspot.com





Nak ekse size? meh nak cakap nih..

19 05 2009
Yhuhuuu…korang xyah beli timun or tomato…baca yg di bawah ni pon cukup tuk exercise mata..hihihiiiii….
1- erm,nk cakap cket neh kat awak.. bace NO 5

2- Mmmm..cmne ek nk cakap? Bace je la NO 8

3- nk taw ekh?erm,bace NO 9

4- huh,drpd pening bek bace jap NO 15

5- cmne ek nk cakap.. NO 17 je k..

6- kite nk ckp skang tp lbh bek bace NO 16

7- kite akn cakap tp bace dlu NO 2

8- yg kite nk cakap neh simple jek..tp bace dlu NO 4 k?

9- tak payah la b’debar2 cm2..cme bce jap NO 18

10- Blom lg la..bce NO 19 ye..deBBo se.. 🙂

11- da pnt ekh? Bace jap NO 13

12- sbnrnye kite nk cakap klu..(ah bace no 3 la)

13- tgl cket jek lg bace NO 20

14- argh,pennt neh..bce NO 1

15- adush,dah pning dah ni.. bace la NO 6

16- lorh,masih ta phm lg kew? Bace NO 12

17- ades,nk cakap neh..bce NO 7

18- kite taktau klu awk phm..tlg bace NO 10

19. Baca NO 11 dgn tenang ye..nnt awk akan taw..

20- oke2,skg kite cakap..bace NO 14, tp slow2 jek k

okaay??? hahahaaahh…7 keturunan pon x abeS….




Afgan – PadaMu Kubersujud

19 05 2009

Jom laYan video klip kt bawah ni….

Kasi senTap sanubaRi…kikikiKi =P

Afgan – PadaMu Kubersujud

Ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa kulihat
selain hanya namaMu, ya Allah

Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud

Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud
padaMu

 





Al-Quran teman dikubur

18 05 2009

Salam,

Nota di bawah sebagai renungan dan ingatan untuk diri-sendiri dan juga untuk umat Islam yang sudi melawat blog ku ini. (source:http://isuhagat1.blogspot.com)

Walau apa sekalipun jangan
tinggalkan Al Quran…bacalah setiap hari paling sedikit 1 helai. Jika
sibuk sekali pun carilah masa utk membacanya. jadikan hati kita sentiasa dekat dgn quran kerana quran itu cahaya penyuluh hidup

Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

“Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al – Quran “

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al – Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa “Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata :

“Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekali pun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!”

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata :

“Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat”.”Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi” .Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi
dari malaikat – malaikat dari syurga”

tafsir

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al – Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.

Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh
sekali memberi bantuan kecuali amalan – amalan kita sewaktu di dunia.

Allah telah menjanjikan Al – Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. Dekatilah Al – Quran dan jadikalah ia teman di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat.

Renung2kan..dan harap dapat dijadikan amalam bacaan ayat2 suci ini sebagai 1 tabiat yg tetap pada setiap malam selepas solat..Amiin, InsyaAllah.





makanan & hIkMAHnyee..

7 04 2009

Mari..marii..mari..mahu barang baiK? maHu badan sihaT? Jom baca keJap ayat2 di baWah ni..Ha..sesape petang ni nak g p.malam ke..kedai runciT ke..haTTa KLCC ..heheh..korang boleyLa piLih sebarang dua..x rugii… =P

gambar contoh sahaja

gambar contoh sahaja

Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda ‘Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu’.

Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (sya’ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.

Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.
Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda ‘Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati’. Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa ‘ia’ itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat ‘leukoderma’ dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj)
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, ‘Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu’. Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta’)
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, ‘Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan’. Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

‘Endive’ (hindiba)
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba’ pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan ‘makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba’.

Fenugreek (Hulbah)
Nabi s.a.w. pernah bersabda ‘jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas’. Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas) .

Buah Ara fig (fin)
Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, ‘Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga’. Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.

Bawang putih (thum)
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda ‘Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami.’

Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud ‘Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil’. Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.

Inai (hinna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

Madu lebah(a’sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., ‘Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya.’ Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Kekacang (a’das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.

Daging (lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.

:: Jom g pasar malam Puj hari ni…Nak BeLi BeTik r…