Salam Maal Hijrah 1430H/2008M

27 12 2008

Salam Maal Hijrah untuk semua umat Islam.

Wahai adik2..Jom nasyiid;

” 1 Muharam detik permulaan..
perkiraan tahun Islam Hijrah..
perpindahan nabi dan umat Islam..
dari kota Mekah ke kota Madinah..
Atas keyakinan dan Iman yg teguuh
kaum Muhajirin dan Ansar bersatu..rela berkorban
harta dan nyawa..
demi menegak-kan islam terchinta..
Hijrah itu pengorbanan..
Hijrah itu perjuangaan..
Hijrah membentuk perpaduan…  ”    (“,) tepuk3..

Okes adik-adik sekaliaaan (issh..bestnyew kalo ade adik..leh bg arah-arah an..ahaks..aku berlakon jer la kt blog nih…), meh kita sama2 tunggu waktu Asar tanggal 29 @ 30 Dzulhijjah untuk baca doa akhir tahun. Dengan izin Allah, orang yg berdoa akhir tahun akan dapat perlindungan Allah S.W.T dari fitnah dan tipu daya syaitan.

Maksud doa akhir tahun:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW,
ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan
ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam
tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada
aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya.
Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya.
Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau
berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan
taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya.
Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku.
Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau
redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu.
Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah!
Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima
taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu
Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad,
ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan
kesejahteraan ke atas mereka.

Pastu, bakda solat Maghrib pada awal 1 Muharram,  sama2lah jugak kita membaca doa awal tahun. Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut. Amiin.

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW,
ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas
kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun
baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu
di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-
tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan
kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha
Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang
mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang
ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke
atas mereka.
sources:http://www.darulnuman.com/
maal1

Selamat berdoa. Harap tahun baru ni aku dapat jadi seorang yg berguna, anak yg baik dan pekerja yang ikhlaS. (“,) taTa..adik2 😛

 “Ya, Allah ya Tuhanku..Ampunilah dosa2 hamba-Mu ini,ampunilah dosa kedua ibu-bapaku serta seluruh umat Islam sama ada yg masih hidup ataupun yg telah meninggal dunia. Aku mohon keberkatan dan keredhaan daripada Mu,tempatkanlah arwah ibuku ditempat org2 yg beriman dan masukanlah arwah ke dalam syurga,jauhilah dari azab kubur dan api neraka..Aku mohon padaMu agar aku dan ahli2 keluargaku diberi kesihatan yg baik dan dimurahkan rezeki,kuatkanlah semangat ahli keluargaku dlm menghadapi segala cabaran dan dugaan, semoga kami semua (ahli keluarga ) termasuk kwn2 ku hidup bahagia di dunia dan akhirat,hanya engkau sahajalah yg dapat membalas segala jasa2 baik kedua ibubapaku dan juga org2 yg telah berjasa denganku. Amiin ya rabbal-‘Alamiin.” -imapeAce

Advertisements

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: