Imam 20 Sen

23 10 2008

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah
dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di
Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk
pergi ke masjid.


Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam
bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki
yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen..

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.
“Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?”, Imam tersebut bertanya kepada
dirinya. “Ah… syarikat bas ni dah kaya… setakat 20 sen ni.. nak beli
tosei pun tak cukup”, kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas
tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada
bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling
ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

 

“Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen”, kata Imam tersebut kepada
pemandu bas tersebut.
“Owh… terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je
nilainya”, pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, “Wang
tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku
jujur”.

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, “Sebenarnya saya sengaja
memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran
kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam”.

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan.
Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, “Astaghfirullah!!!, Ampunkan
daku Ya Allah…. Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20
sen!!!.

Sahabat-sahabatku sekalian… Apa yang anda dapat daripada peristiwa di
atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita
terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai
tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam… Sesungguhnya pada diri
Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

Fikir-fikirkan =)

[paste fr mail inbox,credit to nora_hg]

Advertisements

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: